RSS

Wednesday, November 18, 2009

Gia


Life and death...
Energy and peace
If I stop today it will still worth it
Even the terrible mistake that I have made
And would have unmade if I could

The pains that have burned me
and scarred my soul
It was worth it
For having been allow to walk
where I've walked
Which was to

Hell on earth
Heaven on earth
Back again
Into
Under
Far in between
Through it
In it
And above....

Sunday, November 8, 2009

KENANGAN.....

Bukan mudah untuk melupakan seseorang yang lama tersemat dihati…Setiap kenangan, suka duka…pahit manis…lucu..sedih…bukan mudah untuk dipadam dari sanubari. Tidak semudah memadam kesalahan yang ditulis diatas kertas. Kenangan yang ditulis diingatan, terlalu payah untuk dihilangkan. Mungkin sebulan..mungkin setahun..sepuluh tahun..mungkin hingga keakhir hayat pun belum tentu kenangan itu dapat dilupakan…

Tidak pernah terlints dihati….untuk melawan kehendak Dia, mengingkari kemahuan Dia…apatah lagi untuk mempersoalkan apa yang telah ditentukan olehNya. Cuma dengan menjauhkan diri dari orang yang disayangi tu..adalah cara yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Maka keputusan untuk ‘berpisah’ atau dengan bahasa yang agak kasar, masing-masing buat hal masing-masing, diambil.

Setiap hari aku berusaha..dengan sedaya upaya aku..dengan sepenuh kudrat aku..untuk ‘membuang’ dia dari ingatan aku. Setiap saat aku sibukkan diri agar kelibat dia tak terlintas difikiran aku. Tapi macam yang aku katakan tadi, bukan mudah untuk melupakan seseorang, yang istimewa tu.

Hanya Dia yang tahu..betapa aku merindui insan itu. Betapa aku merindui untuk menatap wajahnya..mendengar suaranya..merasa halusnya belaian tangannya..merindui kata-kata semangatnya...merindui gelak tawanya…seegala-gala tentang dia…aku rindu..

Wahai insan yang sentiasa mendapat tempat dihati..

Ketahuilah kamu bahawa aku sangat rindukan kamu…ketahuilah kamu bahawa beban rindu ini amat berat untuk bahu aku memikulnya..ketahuilah kamu bahawa aku sangat-sangat perlukan kamu untuk membantu aku mengharungi cabaran hidup ini. Ketahuilah kamu bahawa aku agak kecundang tanpa kamu..tanpa semangat kamu..tanpa dorongan kamu..tanpa nasihat kamu…tanpa bimbingan kamu…tanpa kamu..

Tuesday, October 20, 2009

Salam 1Malaysia... = )

Assalamualaikum....

lama tinggal blog ni...bukan apa..2, 3 minggu kebelakangan ni sibuk sikit...tanggungjawab pada kerja...tanggungjawab pada keluarga..pada diri sendiri...

apa-apa pun...alhamdulillah.....semua tanggungjawab tu...dapat aku tunaikan dengan jayanya...semuanya dengan izin Dia....Allahuakhbar....Allah Maha Besar....

Tuesday, September 15, 2009

arribbaa.......
lama aku tak jengok blog aku. bukan apa, aku sibuk sikit 2,3 minggu ni...tanggung jawab pada kerja kena la dahulukan...

anywhere..aku takde pape crite yang menarik untuk dikongsikan bersama..
cuma ada sket la...topik yang aku nak bagitau...mengenai sikap budak-budak zaman skang..

dari permehatian aku la..budak-budak zaman skang ni..tak macam kita zaman dulu-dulu...aku yak tau la zaman korang macam mana. tapi masa aku muda belia dulu, nakal tu memang la ada..tapi aku rasa budak-budak sezaman aku, tahap ke'kurang ajar'an pada orang tua, tak la se'hebat' budak-budak zaman sekarang.

budak skarang aku tengok, dah tak tau cara nak menghormati orang tua. kadang-kadang tu, ibubapa sendiri pun dorang tak reti nak hormat. apatah lagi orang tua yang lain. zaman aku dulu, lalu depan orang tua, tundukkan sikit badan..beri salam. tapi budak skang, zup..zap..zup..zap..lalu lalang ikut suka hati je. tak tunduk hormat pun. salam apatah lagi!!