RSS

Tuesday, December 7, 2010

Hepi belated Iman.. Hepi bufday Amin & Nenek....

  Semalam, 7.12.10, kami sekeluarga buat majlis bufday untuk Along dan Neneknya. pastu sekali sambut untuk Adik. Sebenarnya tarikh lahir Along, 5 Dis, sekali dengan mak aku. Tu yang buat sambut sama. Yang Adik, bufdaynya sebenarnya 13 Nov. Tapi kami ambil keputusan sambut sekali la.
 Beli kek bentuk muka mickey mouse. So ada tiga bulat. 1bulat = amin, 1bulat = iman, 1bulat = nenek.. haaaa....jimat. 1 kek untuk tiga orang. Pastu ada la wat masak-masak sket. Akak aku masak pulut + rendang daging + kari ayam (wan jenab :-)). Aku lak duk masak nugget dan mihun. Pastu ada gak la sediakan gula-gula untuk budak-budak yang datang. Eeemmm.....meriah sangat tu tak la, tapi boleh la. Along macam biasa la, dengan gelagat dia. Bukan hirau sangat. Yang beria Adik la... Belari sana-sini. Makan kek, makan pulut.

 Hmm....tak grand mana pun, tapi alhamdulillah la.... tercapai gak misi nak wat kek harijadi untuk budak berdua ni. Bagi aku yang penting, dorang tu hepi...

Sunday, November 28, 2010

setiap ada kamu.....

      Setiap ada kamu mengapa jantungku berdetak lebih kencang seperti kenderaan mahu perang..??
      Setiap ada kamu mengapa darahku mengalir lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala..??
      Setiap ada kamu mengapa otakku berfikir bagaimana caranya untuk berdua dengan kamu...??

     

    

Wednesday, September 15, 2010

Pagi yang cerah...

      Lama aku tak coret apa-apa kat blog aku ni.. Bukan tak nak, cuma macam takde ilham nak coret. Hmmm...pape pun, aku akn cuba untuk aktifkan semula blog ni...

     Insyaallah....

Wednesday, July 28, 2010

Terlintas di fikiran, terkesan di hati.... =)





          Terlintas di fikiran, terkesan di hati....

          Pastinya banyak perkara yang terlintas di fikiran kita. Bukan setakat terlintas, tapi memang sengaja di lintaskan dalam fikiran. Tetapi dalam banyak-banyak perkara yang terlintas tu, berapa banyakkah yang terkesan di hati? Yang memberi impak, walaupun sedikit, dalam hidup kita. Perkara yang terlintas di fikiran, terkesan di hati, yang mampu menggugat tenangnya hidup kita hari itu..

         Hebat sangatkah perkara yang terlintas di fikiran itu, sehingga memberi kesan di  hati? Bergantung kepada situasi atau kepada yang 'menyambut' perkara itu. Kadang-kadang yang mudah di bibir orang, dan ringan untuk di tuturkan. Tetapi menjadi 'beban' besar, kepada yang menyambutnya. 'Beban' yang tidak kelihatan, tetapi sangat berat untuk dipikul di kedua bahu, sangat besar untuk di semat di dalam hati, dan sangat berbekas untuk di luputkan dari dalam fikiran.

        Sesetengah orang bertanya, "Mengapa perlu ditimbulkan isu terlintas di fikiran, terkesan di hati ni?"..
      
        Tersuratnya, perkara ini bukanlah satu perkara yang besar untuk di utarakan, untuk diperdebatkan, untuk buat kepala jadi serabut!! Tetapi yang tersiratnya, ia akan berbalik kepada yang asas. Penerimaan individu yang terlibat. Jika yang terlibat itu, melihat perkara itu dalam 1 dimensi saja, mungkin tidak menjadi hal. Tetapi, bagi yang melihat perkara yang di utarakan itu dalam 2 dimensi, 3 dimensi? Kes yang macam tu lah, yang menyebabkan hadirnya kesan di hati apabila perkara yang berkaitan diungkapkan..

       Kadang-kala tanpa sedar, setiap patah kata yang diucapkan kepada seseorang, walaupun dengan nada bersahaja tanpa sebarang niat, memberi kesan mendalam kepada yang mendengarnya. Lebih-lebih lagi, perkara yang di ungkapkan insan yang mendapat tempat istimewa di dalam hati.

       Bagi insan istimewa ini, apa saja kata yang keluar dari dia, tentunya semua berbekas di hati. Mendebarkan jantung. Menyesakkan dada untuk bernafas. Mengganggu tumpuan dan fokus. Kadang-kadang tu, lain yang di fikirkan, lain yang di ungkapkan. Gara-gara kesan di hati akibat ayat yang diterima tadi.

Saturday, July 10, 2010

Journey to the Centre of the Lipis...

 
     Assalamualaikum....

    Emmm...hari ni,aku dapat kekuatan,dapat ilham nak coret sket kat blog ni. Lama kan aku tinggalkan? Banyak issue sebenarnya yg aku nak coret, tapi tak tau gaya mana nak luah. So aku fikir,yg terbaik aku coret perkara yg paling latest yg aku lalui.

   Semalam (10.7.10), untuk pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Kuala Lipis. 27 thn aku idup, hari ni la 1st time aku jejakkan kaki kat bumi Lipis ni. Tempat yg satu masa dulu merupakan ibu negeri Pahang. Aku pegi ni pun sebab temankan kawan aku. Dia nak amik barang kat sekolah lama dia. So aku pun gatal2 la nak ikut. Tak pernah pegi kan,tu yg nak sangat ikut.

   Lebih kurang kul 10 kut kami gerak. Perjalanan memakan masa 1jam 30 min je, sbb akak yg memandu ni Queen of D'Drifter..hehehe..tu yg cepat sapai tu. Perjalanan,permandangan kiri kanan tak de yang berbeza. Sama je. Cuma bila da masuk ke daerah Lipis..jeng..jeng..jeng..ada perkara yg pelik bagi aku,yg melucukan yg aku temui di Lipis ni.

   Kiri kanan jln ke Lipis ni byk bukit. Ala..mcm highway ke KL, kan tepi-tepi tu bukit. Yg tu mmg la biasa,cuma yg kat Lipis ni yg jd luar biasa,celah-celah bukit tu,ada jalan kecik. Jalan bertar,yg leh muat la kreta nak kuar masuk. Mula-mula tu aku xde la heran sgt. Tapi,bila tiap kali lalu kat bukit,mesti ada jln kecik tu. Aaaiikkk...?? Jalan tu menghala kemana lak?? Sbb balik bukit tu aku tgk hutan je..

   Aku pun tanya la akak ni,memandangkan dulu dia warganegara Lipis. Dia cakap,balik bukit-bukit nu,ada kampung orang. Kira perkampungan disebalik bukit. Pelik tau..sbb mmg terlindung kampung tu. Dari jalan besar,mmg xnampak. Yg leh nampak,bukit semata. Memang xsangka ada cerita di balik bukit..hehehe..

   Lagi satu yg peliknya, warga-warga Lipis ni suka sgt bina umah celah-celah pokok. Kadang-kadang tu terceruk, tau-tau nampak bumbung je. Tu pun sket. Akak ni kata,siang mmg xnampak. Tapi klu malam,tetiba je bleh nampak cahaya lampu kat tgh-tgh pokok nu..Haaaii...manusia..manusia..Mmg macam-macam ragam..

   Hhaa...lagi satu yg aku nak komen, ttg sistem jaringan jalan raya kat Lipis..hehehe..jalan raya dia la. Fening-fening aku dgn arah jln raya dorang ni. Pot..pet..pot..pet..akak ni dok terangkan kat aku,simpang mana, jalan mana..Aku blurr je..Masuk sini,keluar sana..masuk sana..keluar sinun..masuk sinun..tah lah..tah mana-mana keluarnya..Banyak jalan boleh masuk, keluar kat tempat yg sama gak..Biasa aku kalu jadi co-pilot, kejap je leh hafal jalan. Tp kat Lipis ni..aku angkat white flag la...mmg fening..

   Sebelum balik tu, sempat gak la g tgk umah Siti Nurhaliza. Emmm...aku budget, vogue gila umah dia..Mesti kagum kalu tgk..tangkap leleh. Tapi bila da tgk..hhmmmm....lawa lg umah tokey petronas, abg Fendi tu, kat Karak nu. Ape la yg press duk bum..bang..ckp umah Siti ni gempak. Bagi aku,biasa je..hehehe..Maap Cik Siti..terngutuk lak..kui..kui..kui

    Da puas pusing-pusing Lipis sapai aku fenin, kami pun beransur balik. Masa balik tu,sempat gak nyinggah air terjun kat Chamang. Tu pun...1st time aku sapai sana..hehehe..teruk tul aku  ni,nama je lahir kat Karak. Daerah Bentong. Chamang pun baru ni sapai. Tu yg aku ckp pd kwn aku ni, smlm serba 1st time dlm hdp aku..hehehe..

  Lepak sana xlama..half an hour kut. Duk main-main air..rendam kaki..kasi celup-celup je dalam air. Sejuk weyy air dia..Emmm...canti gak air terjun tu..Silap aku..xamik gambo. Nantilah, ada masa aku dtg lagi. Kasi amik picture. Leh upload..

   Emmm...tu je yg aku nak coret,yg berlaku kat aku semalam. Pengalaman ke Lipis nu, aku ingat sapai bila-bila.. Cerita balik bukit, umah celah pokok n jalan raya yg mengelirukan...Wakkkaakkkaa....

  Adioss...
  Salam.... :-)

Wednesday, June 30, 2010

Salam

   Allahuakhbar...Subhanallah....
   Lama sangat2 da aku tak usik blog aku ni. Macam-macam hal yang berlaku kat aku sepanjang 2 bln ni. Hal yang tak pernah aku jangka, berlaku dalam hidup aku.Memang aku tau akan berlaku,cuma tak la secepat ni..

  Emm..malam ni aku takde mood lagi nak coret panjang-panjang. Malam ni,setakat memanaskan enjin je. Tengok la..ada rezeki esok lusa aku mulakan balik coretan-coretan aku....

  Wassalam...

  -napsterWA- 

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU...

  16 MEI - Setiap tahun, hari ni seluruh dunia menyambut Hari Guru.. =) Seronoknya para guru ni,ada 1 hari yang dikhususkan utk mengenang jasa2 mereka. Bagi aku la,bkn tunggu hari ni je baru nak wish ucap selamat, tapi tiap2 hari pun leh je wish. Biar cikgu-cikgi kita rasa dihargai.

 Sedar tak sedar, aku kini pun merupakan salah seorang yang menyambut hari ni. Hehehe..dulu-dulu aku sibuk wish kat cikgu-cikgu. Tapi skang,budak-budak ni lak yang sibuk wish kat aku. =) Zaman dah berubahkan..

Time aku sekolah dulu,kalu tibe hari guru, waahh..macam-macam aktiviti sekolah anjurkan. Dan aku adalah antara pelajar yg sibuk gile,nak arrange everything. Ye la,dah nama pun sambutan Hari Guru kan. Tak kan nak cikgu gak yg uruskan. Biasanya antara aktiviti yg diadakan,permaianan dan acara persembahan. Permainan,biasanya bola jaring untuk guru perempuan n bola sepak untuk guru lelaki. STUDENTS vs TEACHERS. Aku biasa join team bola jaring,lawan cikgu-cikgu ni. Yg aku igt,antara cikgu yang terer main, Miss Teh,cikgu kimia aku. Dia terer gile bila shoot. Tapikan,sokmonya aku bengang bila main sebab cikgu2 ni main tipu. Da la ref nyer pun cikgu. Tentu2nya kami kalah. Sokmonye kalu team student wat silap sket, prreettt...batal. Tapi bila time cikgu2 nih...ref wat xnampak je. xaci sungguh!! mmg la team kami kalah sokmo. Tapi xpe..hari guru,kan. So kena la bagi chance kat cikgu2 ni menang.

Pas rehat lak,acara persembahan setiap kelas. Aku yg ni jarang nak join. Malas. Lagi suka jadi penonton je. Pas settle sume2 tu..barulah jamuan untuk guru diadakan...

Hhmm...lebih kurang la apa yg terjadi bila sapai hari guru time aku dlu. Banyak momen yg manis tu, tapi biarlah tersemat dlm ingatan aku sorg je..Kadang2 tu terasa gak nak ulangi saat tu..hehehe

Papepun...aku ucapkan Selamat Hari Guru..Pada cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku, ucapan jutaan terima kasih dari aku kerana telah mendidik aku..Jasa-jasa kalian,xkan pernah terbalas oleh aku...

Salam... =)

Thursday, May 13, 2010

Assalamualaikum..

              Rasanya agak lama aku tak coret apa-apa kat blog aku ni. Hmm....Dia tak izinkan aku,nak wat cmner. Papepun,aku akan cuba buat ringkasan apa yang terjadi sepanjang aku menyepi ni.

             Mula-mula sekali, sekolah aku mengadakan Pertandingan Ihktiar Hidup. Ala-ala camping la. Ada beberapa kategori yang dipertandingkan, antaranya masakan rimba, menempatan sementara, ikatan & simpulan, mini gajet dan projek perintis. Ada lagi la beberapanya, tapi aku tak ingat.

             Lepas tu, baru-baru ni anak buah aku, Amin (anak k.lang aku) operate. Masuk hospital HKL,untuk operate lelangit dia. Ada la 5 hari gak duk kat wad tu. Alhamdulillah....operation tu selamat dan si Amin tu pun ok. Cuma lepas operate ni dia payah sket nak bercakap. Ye la..operate dalam mulutkan. Agaknya trauma sakit tu ada lagi. Papepun..aku bersyukur sangat2 sebab semuanya berjalan lancar.

            Then, baru-baru ni aku dengan selamba badak lepas balik sekolah, pegi Genting Sempah. Hahahaha..pegi sebab nak makan McD. Aku ingat nak pegi sorang, tapi ada lak anak murid aku yang nak ngiut. So bawa je la..

             Yang paling latest, hari ni punyer cite. Last class, dengan budak 1B. Dah la 2period, bebudak ni lak masing-masing naik syekh agaknya. Hyperactive sangat. Dah la kelas tu 31 orang. Naik sakit tekak aku terpaksa melontarkan seluruh suara untuk cover suara budak-budak ni. Hhhaa....sekali aku da tak tahan, aku hentak buku kat meja..baru depa diam..buat muka ala-ala singa betina, baru masing-masing senyap. Hmm..lepas ngajar tu,balik bilik guru, dekat setengah botol air aku teguk..

   Tu je la serba sedikit pe yang berlaku.. Eeerrmmm...ada kesempatan nanti aku upload la picture-picture yang berkaitan. Nak view, macam biasa...view kat website aku..

ADIOS...

Saturday, May 1, 2010

Ahad yang santai...

         Ahad yang santai...bangun pagi, ngadap labtop dulu. Pastu guling-guling jap, baru bangun mandi. Aarrrgghh....bestnye la kalu hari-hari pun macam ni..hehehe...
        Hari ni memang aku tak de mood nak masak. Ingat nak beli lauk je, tapi tetiba akak aku call cakap nak datang. So aku kenalah masak. Beli luar nanti tak cukup lak. Mask pape yang patut...
       Kurang sejam..dah siap. Pastu ape lagi, masuk bilik ngadap labtop la..hehehe...petang nanti mak aku ajak pagi pasar malam. Ade lah tu barang nak dibelinya...
      Sok dah start ngajar....wwaahhhh...macam mmaaallaassssssssssss...........

Saturday, April 10, 2010

Wednesday, March 31, 2010

Earth Hour - Mesej dari BUMI..

  
27 Mac 2010, Sabtu - Rasanya semua pun tahu hari ini adalah hari yang di namakan Earth Hour. Aku rasa tak perlulah aku menerangkan apa tu Earth Hour (EH).  Seantero dunia pun tahu, dan bersama-sama melibatkan diri dalam program ni.

Pagi Sabtu tu, aku ada test. Jadi pagi tu aku takde la sibuk sangat tentang EH ni. Lagipun malam tu lagi aku dah banyak kali ingatkan seluruh keluarga aku untuk turut sama menjayakan EH ni. Rasa sampai berbuih mulut aku mengingatkan dorang sume.

Lepas je aku abis test tu, abang aku jemput balik. Kepala dah lapang (abis testkan), maka aku pun memulakan misi aku. Misi mengingatkan sesiapa yang aku kenal tentang EH ni. Dalam kereta tu, aku mesej semua nama yang ada dalam phonebook aku. Tak kira la aku kenal or tak. Aku mesej semua, mengingatkan mereka untuk memaatikan semua suis lampu pada malam itu.

Ada gak la 2,3 orang kawan aku yang tak tahu mengenai EH ni. Mana-mana yang terlupa, yang tak tahu tu, semua ucap terima kasih pada aku kerana mengingatkan dorang. Aku bukanla nak rasa riak. Tapi sedikit banggala pada diri sendiri. Bangga kerana dapat menyumbang sedikit pada program ni. Bangga kerana dapat mengingatkan kawan-kawan aku agar turut sama menyertai program ni.

Ye la..EH ni bagi aku sebenarnya mesej/pesanan dari BUMI kita. Dia dah bagi hint kat kita, suruh kita lebih bertanggungjawab untuk menjaga dia. Kalau kita nak diami lebih lama la. Setakat bergelap sejam, aku rasa bukan masalah besarla untuk kita. Jadi, sepatutnya kempen ini, semua yang namanya ORANG, yang duduk kat BUMI ni, kenalah lebatkan diri.

Rumah mak aku, rumah dua-dua kakak aku, bergelap. Kami sama-sama menyokong dan menjayakan program ni. 

Saturday, March 27, 2010

KEJOHANAN PERMAINAN & BALAPAN KALI KE-23 SMK (LKTP) KG SERTIK

KHAMIS, 25 MAC- Telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Permainan & Balapan SMK Kg Sertik. Kejohanan sukan ini di adakan buat kali yang ke-23. Sebanyak 66 acara yang telah dipertandingkan.
Acara saringan untuk sukan ini pula telah diadakan selama 2 hari berturut-turut, bermula dari Isnin, 22 Mac sehingga 23 Mac. Manakala acara raptai penuh untuk perbarisan berlangsung pada Rabu, 24 Mac lepas.

Temasya berlangsung dalam suasana meriah dan mengikut seperti yang dirancangkan. Semangat kesukanan yang begitu tinggi, jelas terpampang di wajah setiap atlit yang mengambil bahagian. Bagi mereka yang tidak mengambil bahagian, juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama bersorak bagi menaikkan semangat atlit rumah sukan masing-masing.

Secara ringkasnya, temasya dimulakan dengan perbarisan lintas hormat, yang terdiri daripada 12 kontigen. 8 kontigen mewakili badan beruniform manakala 4 kontigen mewakili rumah sukan. Setelah selesai perbarisan dan di ikuti ikrar pelajar, tetamu VIP memberi ucapan dan seterunya merasmikan temasya sukan ini.

Setelah itu, acaraperlumbaan pun diteruskan. Acara akhir yng dipertandingkan ialah 100M, 200M, 4x100M, 4x400M bagi semua kategori. Turut sama acara akhir yg dipertandingkan adalah tarik tali akhir lelaki dan perempuan.

Temasya kali ini juga, seperti tahun-tahun lepas turut menyediakan acara untuk guru dan ibubapa. Bagi guru, acara yang dipertandingkan adalah 4x50M, campuran. Manakala 3 acara dipertandingkan untuk kaum ibu dan 3 juga acara untuk kaum bapa.

Acara penyampaian hadiah untuk ibubapa dilangsungkan pada akhir majlis. Bagi atlit-atlit yang menang, acara penyampaian pingat pula diadakan pada Isnin, 29 Mac.

Haaaaa.....tu la serba sedikit pe yg berlaku masa sukan lepas. Aku duk tang mana> Aku ditugaskan kat bahagian kecemasan. Punyalah tak menang tangan bila hampir kesemua atlit perempuan rebah lepas lari. Nasib baik leh gak handle. Walaupun penat..walaupun dah berbelang muka aku ni. Namun aku tetap gembira, kerna berpeluang merasai sukan di Sertik ini..dan berpeluang memberi sumbangan...

Nak tengok gambar sila klik di sini :

Friday, March 12, 2010

Haduussshh.................

Hari ni...xtao lah nape sepanjang malam..perut aku memulas. Sebenarnya dah 3 hari perut aku ni tak sedap. Meragam je..pantang masuk makanan..mesti membuak-buak nak keluar...ni dari malam tadi...aku kuar masuk toilet. Sakit je perut ni, tapi bila masuk toilet tak rasa lak nak membuang..Penat aku berulang ke toilet..

Ni sampai skang perut aku tak sedap..Haduiissshh....cepatla hilang sakit ni....