27 Mac 2010, Sabtu - Rasanya semua pun tahu hari ini adalah hari yang di namakan Earth Hour. Aku rasa tak perlulah aku menerangkan apa tu Earth Hour (EH). Seantero dunia pun tahu, dan bersama-sama melibatkan diri dalam program ni.
Pagi Sabtu tu, aku ada test. Jadi pagi tu aku takde la sibuk sangat tentang EH ni. Lagipun malam tu lagi aku dah banyak kali ingatkan seluruh keluarga aku untuk turut sama menjayakan EH ni. Rasa sampai berbuih mulut aku mengingatkan dorang sume.
Lepas je aku abis test tu, abang aku jemput balik. Kepala dah lapang (abis testkan), maka aku pun memulakan misi aku. Misi mengingatkan sesiapa yang aku kenal tentang EH ni. Dalam kereta tu, aku mesej semua nama yang ada dalam phonebook aku. Tak kira la aku kenal or tak. Aku mesej semua, mengingatkan mereka untuk memaatikan semua suis lampu pada malam itu.
Ada gak la 2,3 orang kawan aku yang tak tahu mengenai EH ni. Mana-mana yang terlupa, yang tak tahu tu, semua ucap terima kasih pada aku kerana mengingatkan dorang. Aku bukanla nak rasa riak. Tapi sedikit banggala pada diri sendiri. Bangga kerana dapat menyumbang sedikit pada program ni. Bangga kerana dapat mengingatkan kawan-kawan aku agar turut sama menyertai program ni.
Ye la..EH ni bagi aku sebenarnya mesej/pesanan dari BUMI kita. Dia dah bagi hint kat kita, suruh kita lebih bertanggungjawab untuk menjaga dia. Kalau kita nak diami lebih lama la. Setakat bergelap sejam, aku rasa bukan masalah besarla untuk kita. Jadi, sepatutnya kempen ini, semua yang namanya ORANG, yang duduk kat BUMI ni, kenalah lebatkan diri.
Rumah mak aku, rumah dua-dua kakak aku, bergelap. Kami sama-sama menyokong dan menjayakan program ni.


