Assalamualaikum..
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana masih mengurniakan rezeki kepada saya. Rezeki dari segi masa dan ilham, untuk saya mencoretkan sesuatu dlm ruangan ini. Sebenarnya lebih kepada ingin berkongsi ilmu pengetahuan yang saya perolehi melalui tazkirah-tazkirah yang diadakan ditempat kerja saya.
Sepanjang 2minggu berpuasa, pelbagai tazkirah yang telah saya dengar dan cuba untuk mengambil iktibar dari setiapnya. Dalam pada itu, ada satu tajuk tazkirah yang menarik minat saya, untuk saya kongsikan dengan anda semua. Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Rizam, yang bertajuk "8 Tanda Manusia Keras Hati".
Mengikut kata Ustaz Rizam, banyak tanda-tanda manusia keras hati yang diceritakan didalam Al-Quran. Memandangkan jangka waktu yang singkat, maka ustaz cuma mengambil 8 tanda-tanda itu sahaja. Semoga apa yang ingin saya kongsikan ini, mendatangkan manfaat kepada kita semua.
Manusia yang berhati keras :
1. TIDAK TERDORONG KEARAH KEBAIKAN :- tidak pernah terlintas dihati dan fikiran untuk melakukan kebaikan. Adakalanya, melakukan maksiat, kemungkaran, dirasakan seronok malah menjadi tabiat manusia yang keras hati.
2. JAHIL DENGAN HUKUM AGAMA :- apabila jahil dengan hukum agama, maka manusia itu tidak akan mendapat kebenaran tentang sesuatu perkara. Apa yang betul apa yang salah. Maka sebab itu, Allah mengurniakan Ramadhan kepada manusia, sebagai medium untuk manusia melembutkan hati mereka. Ini kerana sewaktu Ramadhan manusia meninggalkan perkara-perkara maksiat, menahan segala bentuk nafsu dan lebih menumpukan kepada ibadat.
3. TIDAK SERONOK BERBUAT IBADAT :- apabila diajak melakukan ibadat, manusia ini merasa begitu beban, berat dan sukar untuk melakukannya. Adakalanya,, memberi begitu banyak alasan untuk mengelakkan diri dari diajak berbuat ibadat.
4. BANYAK BERCAKAP TENTANG DUNIA :- terlalu mengejar dunia sehingga adakalanya manusia masih lagi mampu untuk bercerita hal-hal duniawi sewaktu dirumah Allah. Sedangkan diketahui bahawa, adalah berdosa sekiranya kita membicarakan hal dunia semasa didalam masjid.
5. BERKIRA DALAM MEMBUAT KEBAJIKAN :- manusia begini jika membuat ibadah atau kebajikan, sekadar cukup syarat. Dengan kata lain, sekadar ada. Beranggapan bahawa kebajikan yang sedikit itu sudah memadai, manusia ini akan melakukan ibadah sekadar ada sahaja. Sedangkan Islam menuntut umatnya untuk melakukan kebajikan dan ibadat sebanyak mungkin.
6. BANYAK MAKAN, MINUM DAN TIDUR :- banyak makan, hati keras. Banyak minum, hati keras. Banyak tidur, hati keras. Dunia jika dibawa ke hukum Islam, memang seronok. Tidur sewaktu majlis ilmu, memang sedap. 5 minit dirasakan seolah 5 jam!
7. TIDAK MAMPU MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH :- walaupun melakukan solat taubat, tahajjud,berdoa mengharapkan diampun dosa, tetapi manusia ini tidak mampu untuk mengalirkan air mata. Seolah-olah dia berpura-pura memohon keampunan dari Allah. Seharusnya, sebagai manusia yang terlalu banyak melakukan dosa,apabila memohon keampunan, letakkan diri serendah yang mungkin, sehina yang mungkin. Menangis sebagai tanda menyesali kesilapan yang dibuat, disamping berharap agar diampunkan dosa dan tidak melakukan dosa itu lagi.
8. BANYAK MELAKUKAN DOSA :- mana mungkin manusia berhati lembut, berjiwa mukmin jika banyak melakukan dosa. Dosa adalah punca hati menjadi keras. Pengubatnya, banyakkan melakukan ibadah. Wajib dan sunat, bersedekah, berjihad, berdakwah. Insyaallah, kita tidak tergolong dalam kumpulan mereka yang berhati keras..
Amin..
Wednesday, August 17, 2011
Tuesday, August 16, 2011
Unspoken words, mute rhythm..??
Life and dead
Energy and peace..
If I stop today it will still worth it
Even the terrible mistake that I have made
and would have unmade if I could
The pain that have burned me and scarred my soul
It was worth it...
For having been allowed to walk where I've walked
Which was to...
hell on earth
heaven on earth
back again
into
under
far in between
through it
in it
and above.....

Sunday, August 14, 2011
Special For You..
There are so many things I'd like to say.
But that would take me all day.
Now I wonder where to start.
Guess I'll say whats in my heart.
There is one thing I know that's true.
I'm so blessed to have a friend like you.
Thanks for always being there.
And showing me how much you care.
As my new life starts to unfold,
And I am learning how to take hold.
There are times I don't know what to do,
But I know I can always turn to you.
Our friendship is one of a kind,
One most people never find.
I never knew from the start,
Just how much you would touch my heart.
I'm so glad you came into my life,
You have filled it with so much delight.
The connection we have, was not planned.
But it is there every time you hold my hand.
I love the way you turn on your charm,
Every time you hold me in your arms.
And the sparkle in your eyes I see,
Every time you come close to kiss me.
So while we wait to see if this is right.
I'll enjoy the way you hold me at night.
If the time ever come for us to part,
You'll always be right here in my heart.
You'll always be my best friend,
Forever and always until the end.

Monday, August 1, 2011
Saya Tidak Faham Awak...
~ ENTRI YANG SUDAH LAMA TERSIMPAN DIKOTAK INGATAN~
Saya tidak faham awak! Acap kali saya mendengar ayat ini daripada orang lain. Lazimnya jika ayat ini dilontar kepada saya, saya akan lontarkan semula kata balas "saya pun tak minta awak fahami saya", walaupun di dalam hati amat mengharapkan sekiranya dia memahami diri ini. Bukan mudah untuk kita memahami seseorang, dan tidak mudah juga untuk kita membuat orang lain memahami kita.
'Putih' di mata kita, 'hitam' di mata orang lain. 'Bulat' kata kita, mungkin juga persegi pada tafsiran orang lain. Mengharapkan orang lain memahami kita sepenuhnya boleh menjadi satu hasrat yang sukar untuk dicapai. Kita tidak boleh memaksanya, mengajarnya atau mengubah seseorang mengikut cara kita. Jika kita berusaha bersungguh-sungguh sekali pun untuk membuat dia memahami kita namun dia tidak pernah mahu menerimanya, kita tidak akan dapat membuat individu itu memahami kita.
Adakalanya hal ini berlaku juga disebabkan sikap kita sendiri. Kita mengharapkan orang lain memahami kita, namun kita tidak pernah memberi peluang untuk dia cuba memahaminya. Kita sembunyikan rasa sebenar, pendapat dan fikiran yang kita harapkan sehingga akhirnya orang itu kabur dengan apa yang kita mahukan darinya.
Di dalam kehidupan atau apa saja jenis hubungan sekali pun perlu ada 'beri dan menerima', dan begitu juga dengan sikap saling memahami. Kita tidak boleh mengharapkan orang lain saja yang memahami kita, sedangkan kita tidak pernah cuba untuk memahami mereka. Kita tidak boleh memandang sesuatu itu hanya dari kaca mata kita sendiri kerana orang lain mungkin mempunyai pandangan yang lebih baik atau buruk dari kita.
Fahami hati dan fikiran orang lain sebelum kita meminta mereka memahami kita.
Kata-kata yang kita tuturkan mungkin 'lembut' di pemahaman kita dan pendengaran kita, namun bagi mereka yang mempunyai latar belakang dan pengalaman berbeza akan terasa ia amat kasar dan mengguris hati. Sekiranya kita menemui seseorang yang benar-benar dapat memahami kita ianya satu kelebihan. Namun akan timbul pula persoalan, sejauh mana kita memahami dia?
Itulah yang selalu saya fikirkan, yang membuatkan saya sedar bahawa kita perlu saling memahami dan menerima seseorang itu seadanya dia. Paling penting kita mahu mencuba untuk memahami dan memberi peluang orang lain memahami kita. Barulah adil dan seimbang.
Makanya, tiada lagi istilah 'saya tidak faham awak'. Sebaliknya 'saya cuba memahami sedikit tentang awak dan membuatkan awak fahami sedikit tentang saya'. Biar sedikit dari tidak ada!
Wasalam.....

Serba SATU
Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur saya atas nikmat-Nya, masih memberi saya peluang untuk mengukir kata. Malam ni, saat ni, merupakan rezeki saya, rezeki dari segi masa dan ilham, untuk saya kongsikan. Hari ini merupakan hari yang unik, hari yang bersejarah dalam hidup saya. Hari ini, semuanya bermula dengan angka 1 dalam perjalanan hidup saya.
Hari ini, Isnin, 1 Ogos, juga merupakan 1 Ramadhan, dan juga merupakan hari pertama saya bertugas di tempat baru. Bertemu rakan baru, bos baru, suasana baru. Hari ini, adalah titik permulaan saya untuk menginjakkan diri saya dari yang sedia ada, kearah yang lebih bermakna.
Besar harapan agar segala yang bermula dengan 1 ini, akan berkekalan bagi saya. Berkekalan agar saya dapat mencipta kejayaan untuk diri sendiri.
Ok lah. Mata terasa kelat, menunjukkan masa untuk beradu. Insyaallah...di kelapangan akan datang saya akan nukilkan lagi apa yang terlintas di fikiran.
Salam Ramadhan untuk semua...
Wassalam.

Saturday, July 30, 2011
Saya belajar...
Saya belajar
bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain
menyayangi saya
Saya hanya dapat melakukan yang terbaik
untuk orang yang saya sayangi...
Saya belajar
bahawa saya perlukan waktu yang lama
untuk membangunkan kepercayaan dan hanya
beberapa detik saja untuk menghancurkannya...
Saya belajar
bahawa sahabat terbaik bersama saya
dapat melakukan banyak hal dan kami
selalu memiliki waktu terbaik..
Saya belajar
bahawa mereka yang saya kira musuh,
adalah orang yang membangkitkan
semangat hidup saya kembali serta
orang yang begitu prihatin pada saya..
Saya belajar
bahawa persahabatan sejati sentiasa akan bercambah
walau dipisahkan oleh jarak yang jauh
Beberapa diantaranya melahirkan kasih sayang sejati...
Saya belajar
bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian
seperti yang saya inginkan
tidak beerti bahawa dia tidak menyayangi saya..
Saya belajar
bahawa sebaik-baik teman itu
dia pasti pernah melukai perasaan saya
dan untuk itu saya harus sentiasa memaafkannya...
Saya belajar
bahawa saya harus belajar memaafkan diri sendiri
dan orang lain
kalau tidak mahu dikuasai perasaan
bersalah terus menerus..
Saya belajar
bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda
tapi kadang dari sudut pandangan yang berbeza..
Saya belajar
bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki
tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya..
Saya belajar
bahawa tidak ada yang segera di dunia ini
semuanya perlukan proses dan pertumbuhan
kecuali saya ingin sakit hati..
Saya belajar
bahawa saya harus memilih
apakah menguasai sikap dan emosi
atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya..
Saya belajar
bahawa saya punya hak untuk marah
tetapi itu tidak bermakna
saya harus benci dan berlaku bengis..
Saya belajar
bahawa kata-kata manis tanpa tindakan
adalah saat perpisahan dengan dia
yang saya sayangi...
Saya belajar
bahawa orang-orang yang saya sayangi
sering diambil segera dari
kehidupan saya..

Thursday, July 7, 2011
Rengusan Hati...
Bertanya seorang teman...
kemana nak dihala sombong itu
sedang hati kecil merengus malu....
kemana nak dicampak niat suci
jika memberi kau niat kat budi....
....jangan dibutakan mata
.....jangan dipekakkan telinga
.....jangan dimatikan hati
.....jangan dibuang simpati
Yakinlah....
akan dihitung buku amalan
kanan dan kiri....
kemana nak dihala sombong itu
sedang hati kecil merengus malu....
kemana nak dicampak niat suci
jika memberi kau niat kat budi....
....jangan dibutakan mata
.....jangan dipekakkan telinga
.....jangan dimatikan hati
.....jangan dibuang simpati
Yakinlah....
akan dihitung buku amalan
kanan dan kiri....
Sunday, May 22, 2011
Bicara Seorang Teman..
Bicara seorang teman :
Kalaulah kita diberi keistimewaan, dapat melihat sama ada seseorang itu jujur atau tidak. Kan mudah. Kita dapat tahu, siapa yang jujur dan siapa yang tidak. Apakah dia berkawan dengan jujur, atau mempunyai niat tersembunyi pada kita?
Bicara, atau lebih tepat, luahan insan yang saya panggil TEMAN. Luahan yang diutarakan kepada saya, diawal hari, luahan yang mana hingga ke malam hari, saya masih tercari-cari suatu penjelasan yang tepat untuk saya terangkan agar dapat merungkai persoalan di minda TEMAN ini.
"Sebenarnya kita sudah lama diberi keistimewaan untuk melihat seseorang itu jujur atau tidak. Cumanya, keistimewaan itu tidak di anugerahkan secara langsung. Tetapi dikurnia, sepanjang perjalanan hidup kita. "
Itulah penjelasan spontan, yang dapat saya beri kepada TEMAN. Bagi saya, kejujuran seseorang itu dapat kita nilai sepanjang kita menjalinkan hubungan dengan seseorang itu. Tidak kiralah apa bentuk hubungan itu, kejujuran itu akan dapat kita ketahui apabila semakin lama kita mengenali seseorang itu.
Jujur atau tidak; Satu persoalan yang subjektif, persoalan yang tiada jawapan yang tepat, tiada garis panduan atau ciri-ciri yang boleh disenaraikan dan tiada contoh yang sangat tepat untuk diperkatakan jika ditanya mengenainya. Adakah dengan sentiasa berkata baik, berterus terang, bersikap baik dan sentiasa menjaga hati, dikatakan jujur? Patutkah seseorang itu dilabelkan sebagai tidak jujur, jika dia berbohong, sedangkan berbohong itu dapat mengelakkan keadaan menjadi tegang?
Tentunya jawapan yang diterima, berbeza mengikut pandangan masing-masing. Setiap orang berhak mendefinisikan jujur itu mengikut citarasa sendiri. Sangat payah untuk kita meletakkan nilai jujur itu pada seseorang. Jika tidak jujur, saya yakin tentu ada 1001 alasan kukuh mengapa dia bersikap demikian. Penting untuk kita mengambil kira, supaya tidak tersilap membuat penilaian terhadap seseorang.
Jujur atau tidak seseorang itu, bagi saya tidak penting. Apa yang lebih penting, diri kita, kejujuran kita. Biarpun kita tahu dia tidak jujur pada kita, biarlah. Biarkan dia. Tidak usah kita gusar, memenatkan fikiran dan menyesakkan akal untuk mencari sebab mengapa dia begitu. Sungguhpun kadang-kala sikap dia itu menyinggung hati kita, mengambil kesempatan atas kita, saya yakin : what goes around, comes around. Sekurang-kurangnya, ia menjadi pengalaman dan pengajaran pada kira, mematangkan kita dan menjadikan kita supaya lebih mahir untuk menilai kejujuran seseorang
Dan untuk TEMAN :
Saya akui saya bukanlah teman yang baik untuk kamu. Tidak sentiasa bersikap jujur kepada kamu, tidak selalu telus dihadapan kamu, dan ada kalanya tidak berkata benar kepada kamu. Tetapi saya mahu kamu tahu, kerana kasihkan kamu, demi menjaga persahabatan kita dan untuk mengelakkan timbulnya sebarang masalah, saya bersikap sedemikian. Maafkan segala ketidakjujuran saya, TEMAN. Untuk kamu, sehabis daya akan saya usahakan agar sentiasa berlaku jujur terhadap kamu...

Tuesday, May 17, 2011
Selamat Harii Guru - guru umpama laman sesawang
Assalamualaikum.
Umum mengetahui, 16 Mei setiap tahun, adalah 1 hari istimewa bagi warga pendidik. Hari Guru - memang telah lama dirai, seantero dunia meraikannya. Hari dimana, setiap dari kita, menzahirkan rasa terima kasih kepada guru yang telah banyak memberi ilmu kepada kita. Sebenarnya, rasa terima kasih ini boleh diungkapkan pada bila-bila masa saja. Cuma, 16 Mei ni, sekadar nak jadikan 1hari yang istimewa, untuk para guru.
Jika 13 tahun dulu (lebih kurang la), saya yang akan ucapkan "Selamat Hari Guru, cikgu" kepada semua cikgu-cikgu saya. Tetapi sekarang, ayat itu yang diucapkan kepada saya :). Jika dulu, saya dan teman-teman akan menjadi orang penting, yang akan sibuk mengatur majlis sambutan, tapi kali ini ( kali ke-4 ) saya hanya sekadar menjadi 'tetamu' dan diraikan dalam majlis ini. Jika suatu masa dulu, saya dan kawan-kawan yang mengadakan persembahan, tapi kali ini saya sekadar menjadi penonton, bagi semua persembahan yang pelajar adakan.. :)
Menjadi orang yang diraikan, membuatkan saya terkenang semula kenangan semasa saya masih bergelar pelajar. Saya akui saya bukanlah pelajar yang baik, juga bukan pelajar yang bermasalah. Cukup sekadar saya katakan saya adalah seorang pelajar yang agak nakal. Sering buat cikgu-cikgu saya pening kepala, tak senang duduk, dan tak jemu untuk bagi nasihat. Walaupun begitu, pelajaran masih tetap saya dahulukan.
Guru umpama laman sesawang (ayat GPK Koku saya ). Itu yang boleh saya katakan, jika ditanya peranan seorang guru. Kalau dulu rata-rata akan katakan - Guru umpama lilin, membakar diri menerangi orang lain. Tapi itu dulu, waktu bekalan elektrik tak sampai ke rumah. Sekarang, semua rumah dah ada lampu. Jadi lilin dah tak berapa sesuai. Hehehehe.... Zaman sekarang zaman teknologi dihujung jari. Segala infomasi yang kita nak tahu, boleh dapat hanya dengan duduk depan komputer. Buka saja google, carilah apa saja, semua ada.
Guru juga macam tu lah. Macam Google. Kira-kira 'live google'. Tanya apa saja pada guru, insyaAllah..sedaya guru akan beri jawapan bagi setiap persoalan. Malah sebenarnya guru ini lebih hebat dari 'broadcast Google'. Bukan saja persoalan dalam pelajaran, mengenai kehidupan, berkongsi pengalaman, perkara melibatkan perasaan pun kita boleh perolehi jawapan dari guru.
Tanpa kita sedari, sebenarnya guru bukan hanya sekadar insan yang memberi ilmu kepada kita. Guru, cikgu kita, kaunselor kita, 'ibubapa' kita, kawan kita, dan kadang-kadang 'musuh' kita ( tu bagi yang tak reti nak hargai cikgu ye ). Cikgu kita : mengajar dan memberi ilmu agar kita menjadi insan yang berguna. Kaunselor kita : sering memberi nasihat 'percuma', menegur dan tak jemu untuk memperbaiki kesilapan agar kita tidak hanyut. Ibubapa kita : kadang-kadang, cikgu tempat kita meluahkan masalah, tak kira apa jua masalah walaupun melibatkan hal peribadi. Kawan kita : tak salah untuk kita bergurau senda dengan cikgu, asalkan tahu batasannya. Musuh kita : itu saya tak mahu komen..
Besar jasa seorang guru. Sampai mati pun, saya rasa kita tak kan dapat membalas semua jasa cikgu-cikgu kita ni. Bukan wang ringgit yang mereka harapkan dari kita, bukan harta limpahan, juga bukan hadiah yang berjenama untuk kita balas jasa mereka. Cukup sekadar menghargai mereka, menghormati mereka dan memanfaatkan segala ilmu mereka, dah mampu buat mereka bangga dengan kita, buat mereka rasa berbaloi-baloi penat lelah mereka.
Untuk cikgu-cikgu saya, SK Karak ( 1990 - 1995 ) dan SMK Karak ( 1996 - 2000 ), terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kerana tak jemu mendidik saya, memberi ilmu kepada saya, hingga saya menjadi apa yang saya jadi sekarang ini. Semoga segala jasa baik cikgu-cikgu, dibalas pahala oleh-Nya. Dan tak lupa, untuk semua yang bergelar cikgu, semoga kita terus diberi kekuatan untuk mendidik anak bangsa kita..
Wasalam....

Monday, May 16, 2011
Minda Seorang Juara
Assalamualaikum...
Minggu ini, macam-macam aktiviti yang berlangsung, yang semuanya melibatkan kehadiran saya. Macam VVIP lak :) . Antaranya, sukan yang telah di adakan pada Ahad lepas, Sukan untuk tadika anak-anak buah saya, Little Twinkle.
Sukan diadakan di padang hadapan PPD Bentong. Terdapat 4 kontijen : Little Twinkle Karak, Little Twinkle Bentong, LT Mempaga dan LT Bukit Tinggi. Acara dimulakan seawal 8 pagi. Acara budak-budakkan. Kalau mula lewat nanti lewat habis. Sampai ke tengah hari, agak tidak sesuai bagi kanak-kanak ini.
Anak-anak buah saya, awal pagi dah bersiap. Excited sangat nak bersukan. maklumlah, pertama kali dalam hidup mereka, menyertai sukan. Saya, berulang-kali pesan kepada 2 beradik ni : Along, Adik..nanti kalau lari, lari laju-laju tau. Laju macam ultraman. Konon-konon nak bagi semangat la..hehehehe...
Acara dimulakan dengan lintas hormat dari ke empat-empat tadika ni. Tertawa saya melihat kerenah kanak-kanak ni. Bermacam fesyen, bermacam gaya yang dipersembahkan kanak-kanak ini. Terdetik dalam hati saya, bagusnya mengajar anak-anak ini. Tak sikit pun ada rasa malu, ada rasa segan, nak membantah. Ikut saja apa arahan teacher. Pakai saja apa yang disuruh oleh teacher. Ikut saja segala arahan, tanpa sebarang bantahan, tanpa sebarang komen.
Tak banyak acara yang dipertandingkan. Sekadar acara memancing, melekatkan gambar dan beberapa lagi. Ye la, acara kanak-kanak. Bukan acara orang dewasa,kan. Anak buah saya, bertanding dalam acara menampal gambar. Along lain team, Adik lain team. Sebelum dorang berlari tu, sekali lagi saya berbisik ke telinga mereka : "Lari laju-laju tau". Abis acara, team Along dapat no. 3, team Adik dapat no. 2. Ok la tu. Masing-masing dapat piala. Memang sebenarnya, semua pun dapat. Sebagai dorongankan. Bagi semua anak-anak ni gembira.
Dapat piala, saya terus bawa anak-anak buah saya balik. Sebelum tu, sempat gak singgah pegi makan. Masing-masing lapar. Masa dalam kereta, perjalanan pulang tu, kecoh gak la 2 beradik ni bercerita tentang sukan tadi (macamlah saya tak ada disana saksikan mereka berlari). Hehehehe...layankan sajalah. Eerrmmm.....kalaulah arwah mama mereka masih ada, tentu lagi seronok, lagi meriah, lagi bersemangat anak-anak buah saya ni. Tak mengapalah, saya yakin dan sangat pasti, arwah mama mereka tentu melihat mereka juga, walaupun dari sana..... :)
Klik di sini : Sukan Along Adik
Minggu ini, macam-macam aktiviti yang berlangsung, yang semuanya melibatkan kehadiran saya. Macam VVIP lak :) . Antaranya, sukan yang telah di adakan pada Ahad lepas, Sukan untuk tadika anak-anak buah saya, Little Twinkle.
Sukan diadakan di padang hadapan PPD Bentong. Terdapat 4 kontijen : Little Twinkle Karak, Little Twinkle Bentong, LT Mempaga dan LT Bukit Tinggi. Acara dimulakan seawal 8 pagi. Acara budak-budakkan. Kalau mula lewat nanti lewat habis. Sampai ke tengah hari, agak tidak sesuai bagi kanak-kanak ini.
Anak-anak buah saya, awal pagi dah bersiap. Excited sangat nak bersukan. maklumlah, pertama kali dalam hidup mereka, menyertai sukan. Saya, berulang-kali pesan kepada 2 beradik ni : Along, Adik..nanti kalau lari, lari laju-laju tau. Laju macam ultraman. Konon-konon nak bagi semangat la..hehehehe...
![]() | |
| Along n Adik masa tunggu giliran nak pakai riben |
| Along masa perbarisan |
| Dapat snap Adik bari belakang je |
Dapat piala, saya terus bawa anak-anak buah saya balik. Sebelum tu, sempat gak singgah pegi makan. Masing-masing lapar. Masa dalam kereta, perjalanan pulang tu, kecoh gak la 2 beradik ni bercerita tentang sukan tadi (macamlah saya tak ada disana saksikan mereka berlari). Hehehehe...layankan sajalah. Eerrmmm.....kalaulah arwah mama mereka masih ada, tentu lagi seronok, lagi meriah, lagi bersemangat anak-anak buah saya ni. Tak mengapalah, saya yakin dan sangat pasti, arwah mama mereka tentu melihat mereka juga, walaupun dari sana..... :)
![]() |
| Aksi 2 juara |
Klik di sini : Sukan Along Adik
Monday, May 9, 2011
Perkhemahan Pandu Puteri Peringkat Daerah Bentong
Assalamualaikum.
Alhamdulillah..syukur saya masih berkesempatan untuk mencoret lagi di blog ini. Topik yang nak dibicarakan adalah mengenai perkhemahan yang baru saja saya ikuti. Perkhemahan Pandu Puteri, peringkat daerah diadakan di Janda Baik. Alhamdulillah, perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini, yang di sertai oleh saya dan 14 orang murid saya, berjaya di ikuti dengan jayanya.
Ini merupakan pengalaman pertama saya, menjadi guru pengiring, mengiringi pelajar. Bukan tak pernah menjadi guru pengiring, tapi yang sebelum-sebelum ni, saya setakat membantu guru lain. Tapi untuk kali ini, hanya saya sorang yang mengiringi pelajar-pelajar saya. Tanggungjawab, tergalas dibahu saya.
Konsep integrasi dijadikan tema perkhemahan, dimana para pelajar dari semua sekolah yang menyertai, di pecah-pecahkan mengikut kumpulan warna. Dengan kata lain, setiap kumpulan terdiri dari pelajar berlainan sekolah. Bermacam-macam pertandingan yang diadakan. Antaranya: ikhtiar hidup, malam kebudayaan, mini gajet, simpulan dan ikatan, tunjuk arah dan beberapa lagi.
Syukur alhamdulillah, ada jugalah hadiah yang telah kami menangi. Tempat ke-2 bagi khemah terbaik, tempat ke-2 bagi kumpulan terbaik. Dan yang paling tak disangkan, salah seorang pelajar saya, Ainin Sofiya Hashim, telah dipilih sebagai Pandu Puteri Remaja Terbaik bagi keseluruhan.
Bangga betul saya waktu mereka umumkan. Rasa macam nak melompat-lompat. Walaupun saya sekadar guru pengiring, tidak memberi apa-apa sumbangan, tapi tetap merasa bangga kerana pelajar-pelajar saya, mampu berdikari sendiri. Tanpa perlu banyak arahan dan tunjuk ajar dari saya, mereka semua tahu apa yang patut dilakukan.
Kepada semua yang mengikuti perkhemahan, tahniah ye saya ucapkan. Kamu semua memang hebat, berjaya mengikuti perkhemahan sampai habis, berjaya memenangi hadiah, dan yang utama, berjaya mendisiplinkan diri kamu. Insyaallah, ada rezeki kita berkhemah lagi !!!
Wassalam.
Perkhemahan Pandu Puteri
Alhamdulillah..syukur saya masih berkesempatan untuk mencoret lagi di blog ini. Topik yang nak dibicarakan adalah mengenai perkhemahan yang baru saja saya ikuti. Perkhemahan Pandu Puteri, peringkat daerah diadakan di Janda Baik. Alhamdulillah, perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini, yang di sertai oleh saya dan 14 orang murid saya, berjaya di ikuti dengan jayanya.
Ini merupakan pengalaman pertama saya, menjadi guru pengiring, mengiringi pelajar. Bukan tak pernah menjadi guru pengiring, tapi yang sebelum-sebelum ni, saya setakat membantu guru lain. Tapi untuk kali ini, hanya saya sorang yang mengiringi pelajar-pelajar saya. Tanggungjawab, tergalas dibahu saya.
![]() |
| kerjasama dengan pelajar sekolah lain |
![]() |
| Antara gajet yang pelajar bina-rak kasut |
Konsep integrasi dijadikan tema perkhemahan, dimana para pelajar dari semua sekolah yang menyertai, di pecah-pecahkan mengikut kumpulan warna. Dengan kata lain, setiap kumpulan terdiri dari pelajar berlainan sekolah. Bermacam-macam pertandingan yang diadakan. Antaranya: ikhtiar hidup, malam kebudayaan, mini gajet, simpulan dan ikatan, tunjuk arah dan beberapa lagi.
![]() |
| Piala yang dimenangi |
Bangga betul saya waktu mereka umumkan. Rasa macam nak melompat-lompat. Walaupun saya sekadar guru pengiring, tidak memberi apa-apa sumbangan, tapi tetap merasa bangga kerana pelajar-pelajar saya, mampu berdikari sendiri. Tanpa perlu banyak arahan dan tunjuk ajar dari saya, mereka semua tahu apa yang patut dilakukan.
Kepada semua yang mengikuti perkhemahan, tahniah ye saya ucapkan. Kamu semua memang hebat, berjaya mengikuti perkhemahan sampai habis, berjaya memenangi hadiah, dan yang utama, berjaya mendisiplinkan diri kamu. Insyaallah, ada rezeki kita berkhemah lagi !!!
![]() |
| Team SMKB ~ gila-gila :) |
Wassalam.
Perkhemahan Pandu Puteri
Sunday, May 1, 2011
Simple but Nice...
Assalamualaikum.
Cuti tiga hari ini, saya manfaatkan dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Selain mengisytihar " Hari Bermalas-malasan", saya juga berkesempatan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan rakan sekerja. Majlis diadakan sederhana ringkas, tetapi kemeriahan dan keceriaan tetap ada.
Saya sempat meluang masa bersama sahabat, sehari sebelum dia dinikahkan. Tolong satu, dua kerja. Meringankan beban kawan tu. Dalam masa menolong tu, saya sempat curi-curi pandang pada kawan ni. " Eerrmm....macam ni rupa orang nak kawin ye ". Itu yang terdetik dihati saya. Rupa yang macam mana, tak dapat saya nak gambarkan melalui kata-kata.
Hari pernikahan, saya hadirkan juga diri. Pagi-pagi datang, sebab majlis akad nikah berlangsung sekitar pukul 9.00 pagi. Tiba, saya terus kebilik pengantin. Lagi sekali, saya curi tengok kawan ni. Hehehehe...ekspresi muka yang berbeza dari semalam, tapi masih sama maknanya. Gemuruh kut. Nak kawin,kan? Nak pikul tanggungjawab, nak hidup berdua. Tentula gementar.
Tak lama, rombongan pihak lelaki datang. Hhhmm...masa menunggu akad nikah, lagi jelas terpampang, seribu satu rasa, yang dirasai kawan saya ni. Hehehehe...macam-macam ekspresi yang tergambar diwajahnya, cukup untuk saya buat kesimpulan : KAWIN BUKAN SEMUDAH YANG DISANGKA.
Apa-apa pun halanganya, alhamdulillah.....kawan saya selamat di ijabkabulkan. Sudah sah bergelar isteri orang. Sudah sah ikatan, sudah halal hubungan. Wajah pun, sudah berubah. Berubah kepada wajah seribu satu kepuasan..
Untuk kak Ima, tahniah saya ucapkan. Semoga akak bahagia hingga akhir hayat. Jodoh dan perkahwinan akak hingga ke syurga....
Majlis Kak Ima

| Bilik pengantin I |
![]() |
| Bilik pengantin II |

| Wajah ceria k. Ima n suami |
![]() |
| Bersama ibubapa k.Ima |
Untuk kak Ima, tahniah saya ucapkan. Semoga akak bahagia hingga akhir hayat. Jodoh dan perkahwinan akak hingga ke syurga....
Majlis Kak Ima
Tuesday, April 26, 2011
2 Cerita, 1 Rasa..
Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. syukur pada Illahi, atas kurnia-Nya, saya masih di beri peluang untuk mencoret cerita dalam blog ini. Cerita yang nak dikongsikan adalah cerita mengenai aktiviti yang di jalankan pada minggu lepas
23 April 2011- Bertempat di Institut Aminuddin Baki, Unit Kokurikulum SMK Bentong telah mengadakan Kursus Kepimpinan 2011. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pemimpin-pemimpin peringkat pertengahan ( pelajar ) mengenai bidang tugas mereka, tanggungjawab dan peranan mereka di dalam sesuatu organisasi. Seramai 40 pelajar menyertainya.
Aktiviti dimulakan dengan slot ceramah. Sebanyah 3 slot ceramah, yang disampaikan oleh guru-guru SMKB sendiri, diadakan pada sebelah pagi. Aktiviti sebelah petang merupakan aktiviti yang dinanti-nantikan oleh pelajar. Aktiviti jungle tracking.
Saya tidak berniat untuk mengulas dengan panjang lebar, perjalanan yang kami lalui semasa jungle tracking ini. Apa yang nak dikongsikan adalah mengenai semangat kerjasama yang ditunjukkan para pelajar. Pelajar dipecahkan mengikut kumpulan yang ditetapkan, diberi tugasan yang harus dilakukan sepanjang perjalanan tracking itu, halangan yang menanti. Semuanya dapat dilaksanakan, ditempuhi pelajar dengan jayanya.
Tugasan yang diberikan, diselesaikan secara berkumpulan. Bersama-sama, saling membantu untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Apa yang lebih mengharukan, GPK kami, iaitu En. Azman, turut serta, bersama-sama kami, bersusah payah meredah belukar, menyertai jungle tracking ini. Kami basah, beliau turut basah. Kami memanjat, beliau turut memanjat. Kami terjatuh, pun beliau turut terjatuh!!
Nilai kerjasama dan saling membantu, dimanfaatkan oleh pelajar. Tetapi bagi saya, nilai keindahan alam, mencintai alam semulajadi, mensyukuri nikmat yang diberi, itu yang saya perolehi sepanjang aktiviti ini. Meredah hutan belantara, mendekatkan diri saya kepada alam semulajadi. Menjadikan saya seorang yang menghargai kehidupan, tidak kira sesama manusia, haiwan dan tumbuhan.
Dalam sibuk-sibuk meredah hutan, saya masih sempat merakam beberapa gambar yang menarik. Merakam peristiwa untuk dikenang pada hari muka....
Sekian.
Click here to see more pictures.

| Pelajar mendengar taklimat |

| Gaya pemimpin-sama2 meredah hutan |
| En. Azman sedang panjat bukit. |
Nilai kerjasama dan saling membantu, dimanfaatkan oleh pelajar. Tetapi bagi saya, nilai keindahan alam, mencintai alam semulajadi, mensyukuri nikmat yang diberi, itu yang saya perolehi sepanjang aktiviti ini. Meredah hutan belantara, mendekatkan diri saya kepada alam semulajadi. Menjadikan saya seorang yang menghargai kehidupan, tidak kira sesama manusia, haiwan dan tumbuhan.
| 'Hadiah' alam kepada saya |
Dalam sibuk-sibuk meredah hutan, saya masih sempat merakam beberapa gambar yang menarik. Merakam peristiwa untuk dikenang pada hari muka....
Sekian.
Click here to see more pictures.
Tuesday, April 19, 2011
Sakit Tapi Seronok..
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Alhamdulillah, syukur nikmat Allah swt, dipanjangkan lagi usia saya untuk terus hidup, sekaligus untuk terus menabur bakti kepada anak bangsa. Hari ini, agenda utama untuk subjek 2 waktu : Perlawanan Persahabatan antara Kelas.
Segala peralatan sudah tersedia - bola, tiang, jaring. Dan yang paling utama, team untuk perlawanan ini. Untuk 2 waktu ini, agenda utama saya dan rakan, perlawanan persahabatan antara kelas,harus berjalan lancar. Memandangkan para pesertanya, terdiri daripada pelajar-pelajar perempuan saja, maka lebih mudah untuk kami mengendalikan perlawanan ini.
Team sudah sedia. Prreeeetttt......!!!! Wisel ditiup menandakan perlawanan bola tampar antara kelas 3R, 3T, 3U dan 3C bermula. Bukan la perlawanan hebat, sekadar mengisi 2waktu ini, bagi pelajar-pelajar ni berpeluh. Saya dan rakan pun, turut sama menyelitkan diri main sekali.
Jangan tak tahu, skill yang sangat-sangat lama terpendam, masih lagi ada kat diri saya ni. Semua 'terkeluar' semula semasa bermain bersama pelajar-pelajar ini. Dalam masa bertanding, ada juga saya selitkan satu dua tips kepada pelajar. Tips yang diajarkan kepada saya, 15 tahun dahulu. Tips bagaimana untuk serve bola dengan betul, tips bagaimana untuk menyambut bola, tips bagaimana untuk spike bola, dan sedikit tips bagaimana untuk mengelirukan pihak lawan.
Cukup 2waktu, loceng berbunyi. Para pelajar di benarkan masuk ke kelas masing-masing. Puas hati kerana misi kami untuk mengadakan perlawanan, tercapai. Pembelajaran disebalik perlawanan. Sebagai kenangan, ada lah sikit 'tanda' yang saya dapat, hasil dari perlawanan tadi. Hehehehehe...
Hingga berjumpa lagi..
Wassalam... :)

| Tamparan bola tampar I |
| Tamparan bola tampar II |
Cukup 2waktu, loceng berbunyi. Para pelajar di benarkan masuk ke kelas masing-masing. Puas hati kerana misi kami untuk mengadakan perlawanan, tercapai. Pembelajaran disebalik perlawanan. Sebagai kenangan, ada lah sikit 'tanda' yang saya dapat, hasil dari perlawanan tadi. Hehehehehe...
Hingga berjumpa lagi..
Wassalam... :)
Tuesday, April 12, 2011
PERISIAN TERBAIK UNTUK KOMPUTER KITA - K9 WEB PROTECTION
Assalamualaikum..
Sebenarnya perisian ini sudah saya ceritakan didalam facebook saya ( http://www.facebook.com/napswa ). Tapi takut-takut ada yang terlepas baca. Maklumlah, facebook saya agak priversi sikit, hanya yang dikategorikan sebagai "FRIEND" je yang leh baca. Memandangkan perisian ini sangat-sangatlah bagus kepada kita, maka saya mengambil keputusan untuk post semula artikel mengenai K9 ini.
K9 Web Protection - apa benda ni? Biar saya terangkan.
K9 Web Protection adalah 1 perisian yang dicipta untuk mengawal kandungan internet yg kita layari. Perisian ini akan menyekat segala website atau kandungan dari sesuatu web, yang tidak selamat. Terdapat lebih kurang 70 kategori yang dikatakan tidak selamat seperti pornografi, perjudian, dadah & alkohol, malware/spyware dan banyak lagi. Jika anda menggunakan software ini, segala website atau apa saja yang berkaitan dengan 70 kategori ini,akan disekat. Ini dapat mengelakkan kita, adik2 kita, anak2 kita atau sesiapa saja dari terus melayari website yg tidak sepatutnya.
Selain itu, perisian ini juga sangat-sangat disyorkan kepada yg mempunyai anak-anak, adik-adik2 atau mereka yang masih bawah umur, terutama yang masih bergelar pelajar. Melalui perisian kita dapat memantau aktiviti internet mereka. Setiap kali melayari internet, perisian ini secara automatik akan menyimpan semua address website yang telah dibuka. Jadi, walaupun mereka melayari internet semasa kita tiada disamping mereka, kita tidak perlu rasa bimbang kerana masih lagi dapat mengetahui dan memantau website apakah yang telah mereka layari.
Yang lebih menarik, kita juga boleh mengubahsuai perisian ini mengikut pertimbangan kita. Keselamatan dan kandungan perisian ini tidak dapat diubahsuai oleh orang lain, kerana kata laluan untuk keselamatan juga disediakan.
Perisian ini adalah percuma. Sangat-sangat bagus untuk kita gunakan. Zaman sekarang, generasi muda kita sangat terdedah dengan maklumat yang tidak sepatutnya mereka tahu, melalui internet. Jika kita tidak mengawal aktiviti internet mereka, tak mustahil gejala sosial semakin berleluasa.
http://www1.k9webprotection.com// - ini address bagi perisian yang saya ceritakan tadi. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang perisian ini, disini. Tolong sebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain mengenai perisian ini.
Bersama-sama kita mencegah kegiatan negatif yang terdapat di internet..
Terima kasih.. :)

Sunday, April 10, 2011
Welcome back...
Assalamualaikum.
| 5 dara pingitan.. :) |
Memang sangat lama tak mencoret apa-apa dalam blog ni.Bukan ketandusan idea, kehabisan cerita, cuma kesempitan waktu..mennjadi penghalang untuk saya mencoretkan cebisan cerita yang berlaku.
Apa-apa pun, ini adalah permulaan untuk saya menghidupkan kembali blog ni. Mungkin tak banyak cerita yang akan dikongsikan. Tapi itu tidak mengapa. Lebih baik dari tiada langsung,kan?
Arigato...
Subscribe to:
Posts (Atom)