Assalamualaikum..
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana masih mengurniakan rezeki kepada saya. Rezeki dari segi masa dan ilham, untuk saya mencoretkan sesuatu dlm ruangan ini. Sebenarnya lebih kepada ingin berkongsi ilmu pengetahuan yang saya perolehi melalui tazkirah-tazkirah yang diadakan ditempat kerja saya.
Sepanjang 2minggu berpuasa, pelbagai tazkirah yang telah saya dengar dan cuba untuk mengambil iktibar dari setiapnya. Dalam pada itu, ada satu tajuk tazkirah yang menarik minat saya, untuk saya kongsikan dengan anda semua. Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Rizam, yang bertajuk "8 Tanda Manusia Keras Hati".
Mengikut kata Ustaz Rizam, banyak tanda-tanda manusia keras hati yang diceritakan didalam Al-Quran. Memandangkan jangka waktu yang singkat, maka ustaz cuma mengambil 8 tanda-tanda itu sahaja. Semoga apa yang ingin saya kongsikan ini, mendatangkan manfaat kepada kita semua.
Manusia yang berhati keras :
1. TIDAK TERDORONG KEARAH KEBAIKAN :- tidak pernah terlintas dihati dan fikiran untuk melakukan kebaikan. Adakalanya, melakukan maksiat, kemungkaran, dirasakan seronok malah menjadi tabiat manusia yang keras hati.
2. JAHIL DENGAN HUKUM AGAMA :- apabila jahil dengan hukum agama, maka manusia itu tidak akan mendapat kebenaran tentang sesuatu perkara. Apa yang betul apa yang salah. Maka sebab itu, Allah mengurniakan Ramadhan kepada manusia, sebagai medium untuk manusia melembutkan hati mereka. Ini kerana sewaktu Ramadhan manusia meninggalkan perkara-perkara maksiat, menahan segala bentuk nafsu dan lebih menumpukan kepada ibadat.
3. TIDAK SERONOK BERBUAT IBADAT :- apabila diajak melakukan ibadat, manusia ini merasa begitu beban, berat dan sukar untuk melakukannya. Adakalanya,, memberi begitu banyak alasan untuk mengelakkan diri dari diajak berbuat ibadat.
4. BANYAK BERCAKAP TENTANG DUNIA :- terlalu mengejar dunia sehingga adakalanya manusia masih lagi mampu untuk bercerita hal-hal duniawi sewaktu dirumah Allah. Sedangkan diketahui bahawa, adalah berdosa sekiranya kita membicarakan hal dunia semasa didalam masjid.
5. BERKIRA DALAM MEMBUAT KEBAJIKAN :- manusia begini jika membuat ibadah atau kebajikan, sekadar cukup syarat. Dengan kata lain, sekadar ada. Beranggapan bahawa kebajikan yang sedikit itu sudah memadai, manusia ini akan melakukan ibadah sekadar ada sahaja. Sedangkan Islam menuntut umatnya untuk melakukan kebajikan dan ibadat sebanyak mungkin.
6. BANYAK MAKAN, MINUM DAN TIDUR :- banyak makan, hati keras. Banyak minum, hati keras. Banyak tidur, hati keras. Dunia jika dibawa ke hukum Islam, memang seronok. Tidur sewaktu majlis ilmu, memang sedap. 5 minit dirasakan seolah 5 jam!
7. TIDAK MAMPU MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH :- walaupun melakukan solat taubat, tahajjud,berdoa mengharapkan diampun dosa, tetapi manusia ini tidak mampu untuk mengalirkan air mata. Seolah-olah dia berpura-pura memohon keampunan dari Allah. Seharusnya, sebagai manusia yang terlalu banyak melakukan dosa,apabila memohon keampunan, letakkan diri serendah yang mungkin, sehina yang mungkin. Menangis sebagai tanda menyesali kesilapan yang dibuat, disamping berharap agar diampunkan dosa dan tidak melakukan dosa itu lagi.
8. BANYAK MELAKUKAN DOSA :- mana mungkin manusia berhati lembut, berjiwa mukmin jika banyak melakukan dosa. Dosa adalah punca hati menjadi keras. Pengubatnya, banyakkan melakukan ibadah. Wajib dan sunat, bersedekah, berjihad, berdakwah. Insyaallah, kita tidak tergolong dalam kumpulan mereka yang berhati keras..
Amin..
Wednesday, August 17, 2011
Tuesday, August 16, 2011
Unspoken words, mute rhythm..??
Life and dead
Energy and peace..
If I stop today it will still worth it
Even the terrible mistake that I have made
and would have unmade if I could
The pain that have burned me and scarred my soul
It was worth it...
For having been allowed to walk where I've walked
Which was to...
hell on earth
heaven on earth
back again
into
under
far in between
through it
in it
and above.....

Sunday, August 14, 2011
Special For You..
There are so many things I'd like to say.
But that would take me all day.
Now I wonder where to start.
Guess I'll say whats in my heart.
There is one thing I know that's true.
I'm so blessed to have a friend like you.
Thanks for always being there.
And showing me how much you care.
As my new life starts to unfold,
And I am learning how to take hold.
There are times I don't know what to do,
But I know I can always turn to you.
Our friendship is one of a kind,
One most people never find.
I never knew from the start,
Just how much you would touch my heart.
I'm so glad you came into my life,
You have filled it with so much delight.
The connection we have, was not planned.
But it is there every time you hold my hand.
I love the way you turn on your charm,
Every time you hold me in your arms.
And the sparkle in your eyes I see,
Every time you come close to kiss me.
So while we wait to see if this is right.
I'll enjoy the way you hold me at night.
If the time ever come for us to part,
You'll always be right here in my heart.
You'll always be my best friend,
Forever and always until the end.

Monday, August 1, 2011
Saya Tidak Faham Awak...
~ ENTRI YANG SUDAH LAMA TERSIMPAN DIKOTAK INGATAN~
Saya tidak faham awak! Acap kali saya mendengar ayat ini daripada orang lain. Lazimnya jika ayat ini dilontar kepada saya, saya akan lontarkan semula kata balas "saya pun tak minta awak fahami saya", walaupun di dalam hati amat mengharapkan sekiranya dia memahami diri ini. Bukan mudah untuk kita memahami seseorang, dan tidak mudah juga untuk kita membuat orang lain memahami kita.
'Putih' di mata kita, 'hitam' di mata orang lain. 'Bulat' kata kita, mungkin juga persegi pada tafsiran orang lain. Mengharapkan orang lain memahami kita sepenuhnya boleh menjadi satu hasrat yang sukar untuk dicapai. Kita tidak boleh memaksanya, mengajarnya atau mengubah seseorang mengikut cara kita. Jika kita berusaha bersungguh-sungguh sekali pun untuk membuat dia memahami kita namun dia tidak pernah mahu menerimanya, kita tidak akan dapat membuat individu itu memahami kita.
Adakalanya hal ini berlaku juga disebabkan sikap kita sendiri. Kita mengharapkan orang lain memahami kita, namun kita tidak pernah memberi peluang untuk dia cuba memahaminya. Kita sembunyikan rasa sebenar, pendapat dan fikiran yang kita harapkan sehingga akhirnya orang itu kabur dengan apa yang kita mahukan darinya.
Di dalam kehidupan atau apa saja jenis hubungan sekali pun perlu ada 'beri dan menerima', dan begitu juga dengan sikap saling memahami. Kita tidak boleh mengharapkan orang lain saja yang memahami kita, sedangkan kita tidak pernah cuba untuk memahami mereka. Kita tidak boleh memandang sesuatu itu hanya dari kaca mata kita sendiri kerana orang lain mungkin mempunyai pandangan yang lebih baik atau buruk dari kita.
Fahami hati dan fikiran orang lain sebelum kita meminta mereka memahami kita.
Kata-kata yang kita tuturkan mungkin 'lembut' di pemahaman kita dan pendengaran kita, namun bagi mereka yang mempunyai latar belakang dan pengalaman berbeza akan terasa ia amat kasar dan mengguris hati. Sekiranya kita menemui seseorang yang benar-benar dapat memahami kita ianya satu kelebihan. Namun akan timbul pula persoalan, sejauh mana kita memahami dia?
Itulah yang selalu saya fikirkan, yang membuatkan saya sedar bahawa kita perlu saling memahami dan menerima seseorang itu seadanya dia. Paling penting kita mahu mencuba untuk memahami dan memberi peluang orang lain memahami kita. Barulah adil dan seimbang.
Makanya, tiada lagi istilah 'saya tidak faham awak'. Sebaliknya 'saya cuba memahami sedikit tentang awak dan membuatkan awak fahami sedikit tentang saya'. Biar sedikit dari tidak ada!
Wasalam.....

Serba SATU
Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur saya atas nikmat-Nya, masih memberi saya peluang untuk mengukir kata. Malam ni, saat ni, merupakan rezeki saya, rezeki dari segi masa dan ilham, untuk saya kongsikan. Hari ini merupakan hari yang unik, hari yang bersejarah dalam hidup saya. Hari ini, semuanya bermula dengan angka 1 dalam perjalanan hidup saya.
Hari ini, Isnin, 1 Ogos, juga merupakan 1 Ramadhan, dan juga merupakan hari pertama saya bertugas di tempat baru. Bertemu rakan baru, bos baru, suasana baru. Hari ini, adalah titik permulaan saya untuk menginjakkan diri saya dari yang sedia ada, kearah yang lebih bermakna.
Besar harapan agar segala yang bermula dengan 1 ini, akan berkekalan bagi saya. Berkekalan agar saya dapat mencipta kejayaan untuk diri sendiri.
Ok lah. Mata terasa kelat, menunjukkan masa untuk beradu. Insyaallah...di kelapangan akan datang saya akan nukilkan lagi apa yang terlintas di fikiran.
Salam Ramadhan untuk semua...
Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)