RSS

Tuesday, April 26, 2011

2 Cerita, 1 Rasa..

Assalamualaikum...

  Alhamdulillah.. syukur pada Illahi, atas kurnia-Nya, saya masih di beri peluang untuk mencoret cerita dalam blog ini. Cerita yang nak dikongsikan adalah cerita mengenai aktiviti yang di jalankan pada minggu lepas

  23 April 2011- Bertempat di Institut Aminuddin Baki, Unit Kokurikulum SMK Bentong telah mengadakan Kursus Kepimpinan 2011. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pemimpin-pemimpin peringkat pertengahan ( pelajar ) mengenai bidang tugas mereka, tanggungjawab dan peranan mereka di dalam sesuatu organisasi. Seramai 40 pelajar menyertainya.


  Aktiviti dimulakan dengan slot ceramah. Sebanyah 3 slot ceramah, yang disampaikan oleh guru-guru SMKB sendiri, diadakan pada sebelah pagi. Aktiviti sebelah petang merupakan aktiviti yang dinanti-nantikan oleh pelajar. Aktiviti jungle tracking.
Pelajar mendengar taklimat

  Saya tidak berniat untuk mengulas dengan panjang lebar, perjalanan yang kami lalui semasa jungle tracking ini. Apa yang nak dikongsikan adalah mengenai semangat kerjasama yang ditunjukkan para pelajar. Pelajar dipecahkan mengikut kumpulan yang ditetapkan, diberi tugasan yang harus dilakukan sepanjang perjalanan tracking itu, halangan yang menanti. Semuanya dapat dilaksanakan, ditempuhi pelajar dengan jayanya.


  Tugasan yang diberikan, diselesaikan secara berkumpulan. Bersama-sama, saling membantu untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Apa yang lebih mengharukan, GPK kami, iaitu En. Azman, turut serta, bersama-sama kami, bersusah payah meredah belukar, menyertai jungle tracking ini. Kami basah, beliau turut basah. Kami memanjat, beliau turut memanjat. Kami terjatuh, pun beliau turut terjatuh!!
Gaya pemimpin-sama2 meredah hutan

En. Azman sedang panjat bukit.


  Nilai kerjasama dan saling  membantu, dimanfaatkan oleh pelajar. Tetapi bagi saya, nilai keindahan alam, mencintai alam semulajadi, mensyukuri nikmat yang diberi, itu yang saya perolehi sepanjang aktiviti ini. Meredah hutan belantara, mendekatkan diri saya kepada alam semulajadi. Menjadikan saya seorang yang menghargai kehidupan, tidak kira sesama manusia, haiwan dan tumbuhan.
'Hadiah' alam kepada saya


  Dalam sibuk-sibuk meredah hutan, saya masih sempat merakam beberapa gambar yang menarik. Merakam peristiwa untuk dikenang pada hari muka.... 


  Sekian.

Click here to see more pictures.

Tuesday, April 19, 2011

Sakit Tapi Seronok..

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

  Alhamdulillah, syukur nikmat Allah swt, dipanjangkan lagi usia saya untuk terus hidup, sekaligus untuk terus menabur bakti kepada anak bangsa. Hari ini, agenda utama untuk subjek 2 waktu : Perlawanan Persahabatan antara Kelas.

  Segala peralatan sudah tersedia - bola, tiang, jaring. Dan yang paling utama, team untuk perlawanan ini.  Untuk 2 waktu ini, agenda utama saya dan rakan, perlawanan persahabatan antara kelas,harus berjalan lancar. Memandangkan para pesertanya, terdiri daripada pelajar-pelajar perempuan saja, maka lebih mudah untuk kami mengendalikan perlawanan ini.

  Team sudah sedia. Prreeeetttt......!!!! Wisel ditiup menandakan perlawanan bola tampar antara kelas 3R, 3T, 3U dan 3C bermula. Bukan la perlawanan hebat, sekadar mengisi 2waktu ini, bagi pelajar-pelajar ni berpeluh. Saya dan rakan pun, turut sama menyelitkan diri main sekali.

  Jangan tak tahu, skill yang sangat-sangat lama terpendam, masih lagi ada kat diri saya ni. Semua 'terkeluar' semula semasa bermain bersama pelajar-pelajar ini. Dalam masa bertanding, ada juga saya selitkan satu dua tips kepada pelajar. Tips yang diajarkan kepada saya, 15 tahun dahulu. Tips bagaimana untuk serve bola dengan betul, tips bagaimana untuk menyambut bola, tips bagaimana untuk spike bola, dan sedikit tips bagaimana untuk mengelirukan pihak lawan.

Tamparan bola tampar I
Tamparan bola tampar II

  Cukup 2waktu, loceng berbunyi. Para pelajar di benarkan masuk ke kelas masing-masing. Puas hati kerana misi kami untuk mengadakan perlawanan, tercapai. Pembelajaran disebalik perlawanan. Sebagai kenangan, ada lah sikit 'tanda' yang saya dapat, hasil dari perlawanan tadi. Hehehehehe...

  Hingga berjumpa lagi..
  Wassalam... :)

Tuesday, April 12, 2011

PERISIAN TERBAIK UNTUK KOMPUTER KITA - K9 WEB PROTECTION

Assalamualaikum..

Sebenarnya perisian ini sudah saya ceritakan didalam facebook saya ( http://www.facebook.com/napswa ). Tapi takut-takut ada yang terlepas baca. Maklumlah, facebook saya agak priversi sikit, hanya yang dikategorikan sebagai "FRIEND" je yang leh baca. Memandangkan perisian ini sangat-sangatlah bagus kepada kita, maka saya mengambil keputusan untuk post semula artikel mengenai K9 ini.

K9 Web Protection - apa benda ni? Biar saya terangkan.

    K9 Web Protection adalah 1 perisian yang dicipta untuk mengawal kandungan internet yg kita layari. Perisian ini akan menyekat segala website atau kandungan dari sesuatu web, yang tidak selamat. Terdapat lebih kurang 70 kategori yang dikatakan tidak selamat seperti pornografi, perjudian, dadah & alkohol, malware/spyware dan banyak lagi. Jika anda menggunakan software ini, segala website atau apa saja yang berkaitan dengan 70 kategori ini,akan disekat. Ini  dapat mengelakkan kita, adik2 kita, anak2 kita atau sesiapa saja dari terus melayari website yg tidak sepatutnya.

   Selain itu, perisian ini juga sangat-sangat disyorkan kepada yg mempunyai anak-anak, adik-adik2 atau mereka yang masih bawah umur, terutama yang masih bergelar pelajar. Melalui perisian kita dapat memantau aktiviti internet mereka. Setiap kali melayari internet, perisian ini secara automatik akan menyimpan semua address website yang telah dibuka. Jadi, walaupun mereka melayari internet semasa kita tiada disamping mereka, kita tidak perlu rasa bimbang kerana masih lagi dapat mengetahui dan memantau website apakah yang telah mereka layari.

   Yang lebih menarik, kita juga boleh mengubahsuai perisian ini mengikut pertimbangan kita. Keselamatan dan kandungan perisian ini tidak dapat diubahsuai oleh orang lain, kerana kata laluan untuk keselamatan juga disediakan. 

  Perisian ini adalah percuma. Sangat-sangat bagus untuk kita gunakan. Zaman sekarang, generasi muda kita sangat terdedah dengan maklumat yang tidak sepatutnya mereka tahu, melalui internet. Jika kita tidak mengawal aktiviti internet mereka, tak mustahil gejala sosial semakin berleluasa.

  http://www1.k9webprotection.com// - ini address bagi perisian yang saya ceritakan tadi. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang perisian ini, disini. Tolong sebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain mengenai perisian ini.

Bersama-sama kita mencegah kegiatan negatif yang terdapat di internet..
Terima kasih.. :)

Sunday, April 10, 2011

Welcome back...

Assalamualaikum.

5 dara pingitan.. :)
Memang sangat lama tak mencoret apa-apa dalam blog ni.Bukan ketandusan idea, kehabisan cerita, cuma kesempitan waktu..mennjadi penghalang untuk saya mencoretkan cebisan cerita yang berlaku.

Apa-apa pun, ini adalah permulaan untuk saya menghidupkan kembali blog ni. Mungkin tak banyak cerita yang akan dikongsikan. Tapi itu tidak mengapa. Lebih baik dari tiada langsung,kan?

Arigato...