KHAMIS, 25 MAC- Telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Permainan & Balapan SMK Kg Sertik. Kejohanan sukan ini di adakan buat kali yang ke-23. Sebanyak 66 acara yang telah dipertandingkan.
Acara saringan untuk sukan ini pula telah diadakan selama 2 hari berturut-turut, bermula dari Isnin, 22 Mac sehingga 23 Mac. Manakala acara raptai penuh untuk perbarisan berlangsung pada Rabu, 24 Mac lepas.
Temasya berlangsung dalam suasana meriah dan mengikut seperti yang dirancangkan. Semangat kesukanan yang begitu tinggi, jelas terpampang di wajah setiap atlit yang mengambil bahagian. Bagi mereka yang tidak mengambil bahagian, juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama bersorak bagi menaikkan semangat atlit rumah sukan masing-masing.
Secara ringkasnya, temasya dimulakan dengan perbarisan lintas hormat, yang terdiri daripada 12 kontigen. 8 kontigen mewakili badan beruniform manakala 4 kontigen mewakili rumah sukan. Setelah selesai perbarisan dan di ikuti ikrar pelajar, tetamu VIP memberi ucapan dan seterunya merasmikan temasya sukan ini.
Setelah itu, acaraperlumbaan pun diteruskan. Acara akhir yng dipertandingkan ialah 100M, 200M, 4x100M, 4x400M bagi semua kategori. Turut sama acara akhir yg dipertandingkan adalah tarik tali akhir lelaki dan perempuan.
Temasya kali ini juga, seperti tahun-tahun lepas turut menyediakan acara untuk guru dan ibubapa. Bagi guru, acara yang dipertandingkan adalah 4x50M, campuran. Manakala 3 acara dipertandingkan untuk kaum ibu dan 3 juga acara untuk kaum bapa.
Acara penyampaian hadiah untuk ibubapa dilangsungkan pada akhir majlis. Bagi atlit-atlit yang menang, acara penyampaian pingat pula diadakan pada Isnin, 29 Mac.
Haaaaa.....tu la serba sedikit pe yg berlaku masa sukan lepas. Aku duk tang mana> Aku ditugaskan kat bahagian kecemasan. Punyalah tak menang tangan bila hampir kesemua atlit perempuan rebah lepas lari. Nasib baik leh gak handle. Walaupun penat..walaupun dah berbelang muka aku ni. Namun aku tetap gembira, kerna berpeluang merasai sukan di Sertik ini..dan berpeluang memberi sumbangan...
Nak tengok gambar sila klik di sini :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment