RSS

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU...

  16 MEI - Setiap tahun, hari ni seluruh dunia menyambut Hari Guru.. =) Seronoknya para guru ni,ada 1 hari yang dikhususkan utk mengenang jasa2 mereka. Bagi aku la,bkn tunggu hari ni je baru nak wish ucap selamat, tapi tiap2 hari pun leh je wish. Biar cikgu-cikgi kita rasa dihargai.

 Sedar tak sedar, aku kini pun merupakan salah seorang yang menyambut hari ni. Hehehe..dulu-dulu aku sibuk wish kat cikgu-cikgu. Tapi skang,budak-budak ni lak yang sibuk wish kat aku. =) Zaman dah berubahkan..

Time aku sekolah dulu,kalu tibe hari guru, waahh..macam-macam aktiviti sekolah anjurkan. Dan aku adalah antara pelajar yg sibuk gile,nak arrange everything. Ye la,dah nama pun sambutan Hari Guru kan. Tak kan nak cikgu gak yg uruskan. Biasanya antara aktiviti yg diadakan,permaianan dan acara persembahan. Permainan,biasanya bola jaring untuk guru perempuan n bola sepak untuk guru lelaki. STUDENTS vs TEACHERS. Aku biasa join team bola jaring,lawan cikgu-cikgu ni. Yg aku igt,antara cikgu yang terer main, Miss Teh,cikgu kimia aku. Dia terer gile bila shoot. Tapikan,sokmonya aku bengang bila main sebab cikgu2 ni main tipu. Da la ref nyer pun cikgu. Tentu2nya kami kalah. Sokmonye kalu team student wat silap sket, prreettt...batal. Tapi bila time cikgu2 nih...ref wat xnampak je. xaci sungguh!! mmg la team kami kalah sokmo. Tapi xpe..hari guru,kan. So kena la bagi chance kat cikgu2 ni menang.

Pas rehat lak,acara persembahan setiap kelas. Aku yg ni jarang nak join. Malas. Lagi suka jadi penonton je. Pas settle sume2 tu..barulah jamuan untuk guru diadakan...

Hhmm...lebih kurang la apa yg terjadi bila sapai hari guru time aku dlu. Banyak momen yg manis tu, tapi biarlah tersemat dlm ingatan aku sorg je..Kadang2 tu terasa gak nak ulangi saat tu..hehehe

Papepun...aku ucapkan Selamat Hari Guru..Pada cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku, ucapan jutaan terima kasih dari aku kerana telah mendidik aku..Jasa-jasa kalian,xkan pernah terbalas oleh aku...

Salam... =)

No comments: