RSS

Wednesday, July 28, 2010

Terlintas di fikiran, terkesan di hati.... =)





          Terlintas di fikiran, terkesan di hati....

          Pastinya banyak perkara yang terlintas di fikiran kita. Bukan setakat terlintas, tapi memang sengaja di lintaskan dalam fikiran. Tetapi dalam banyak-banyak perkara yang terlintas tu, berapa banyakkah yang terkesan di hati? Yang memberi impak, walaupun sedikit, dalam hidup kita. Perkara yang terlintas di fikiran, terkesan di hati, yang mampu menggugat tenangnya hidup kita hari itu..

         Hebat sangatkah perkara yang terlintas di fikiran itu, sehingga memberi kesan di  hati? Bergantung kepada situasi atau kepada yang 'menyambut' perkara itu. Kadang-kadang yang mudah di bibir orang, dan ringan untuk di tuturkan. Tetapi menjadi 'beban' besar, kepada yang menyambutnya. 'Beban' yang tidak kelihatan, tetapi sangat berat untuk dipikul di kedua bahu, sangat besar untuk di semat di dalam hati, dan sangat berbekas untuk di luputkan dari dalam fikiran.

        Sesetengah orang bertanya, "Mengapa perlu ditimbulkan isu terlintas di fikiran, terkesan di hati ni?"..
      
        Tersuratnya, perkara ini bukanlah satu perkara yang besar untuk di utarakan, untuk diperdebatkan, untuk buat kepala jadi serabut!! Tetapi yang tersiratnya, ia akan berbalik kepada yang asas. Penerimaan individu yang terlibat. Jika yang terlibat itu, melihat perkara itu dalam 1 dimensi saja, mungkin tidak menjadi hal. Tetapi, bagi yang melihat perkara yang di utarakan itu dalam 2 dimensi, 3 dimensi? Kes yang macam tu lah, yang menyebabkan hadirnya kesan di hati apabila perkara yang berkaitan diungkapkan..

       Kadang-kala tanpa sedar, setiap patah kata yang diucapkan kepada seseorang, walaupun dengan nada bersahaja tanpa sebarang niat, memberi kesan mendalam kepada yang mendengarnya. Lebih-lebih lagi, perkara yang di ungkapkan insan yang mendapat tempat istimewa di dalam hati.

       Bagi insan istimewa ini, apa saja kata yang keluar dari dia, tentunya semua berbekas di hati. Mendebarkan jantung. Menyesakkan dada untuk bernafas. Mengganggu tumpuan dan fokus. Kadang-kadang tu, lain yang di fikirkan, lain yang di ungkapkan. Gara-gara kesan di hati akibat ayat yang diterima tadi.

No comments: