RSS

Saturday, July 30, 2011

Saya belajar...

          Saya belajar
          bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain
          menyayangi saya
          Saya hanya dapat melakukan yang terbaik
          untuk orang yang saya sayangi...

Saya belajar
bahawa saya perlukan waktu yang lama
untuk membangunkan kepercayaan dan hanya
beberapa detik saja untuk menghancurkannya...

          Saya belajar
          bahawa sahabat terbaik bersama saya
          dapat melakukan banyak hal dan kami
          selalu memiliki waktu terbaik..

Saya belajar
bahawa mereka yang saya kira musuh,
adalah orang yang membangkitkan
semangat hidup saya kembali serta
orang yang begitu prihatin pada saya..

          Saya belajar
          bahawa persahabatan sejati sentiasa akan bercambah
          walau dipisahkan oleh jarak yang jauh
          Beberapa diantaranya melahirkan kasih sayang sejati...

Saya belajar
bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian
seperti yang saya inginkan
tidak beerti bahawa dia tidak menyayangi saya..

          Saya belajar
          bahawa sebaik-baik teman itu
          dia pasti pernah melukai perasaan saya
          dan untuk itu saya harus sentiasa memaafkannya...

Saya belajar
bahawa saya harus belajar memaafkan diri sendiri
dan orang lain
kalau tidak mahu dikuasai perasaan
bersalah terus menerus..

          Saya belajar
          bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda
          tapi kadang dari sudut pandangan yang berbeza..

Saya belajar
bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki
tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya..

          Saya belajar
          bahawa tidak ada yang segera di dunia ini
          semuanya perlukan proses dan pertumbuhan
          kecuali saya ingin sakit hati..

Saya belajar
bahawa saya harus memilih
apakah menguasai sikap dan emosi
atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya..

          Saya belajar
          bahawa saya punya hak untuk marah
          tetapi itu tidak bermakna
          saya harus benci dan berlaku bengis..

Saya belajar
bahawa kata-kata manis tanpa tindakan
adalah saat perpisahan dengan dia
yang saya sayangi...

          Saya belajar
          bahawa orang-orang yang saya sayangi
          sering diambil segera dari
          kehidupan saya..

No comments: