RSS

Friday, September 14, 2012

Kembali dari menyepi...

Assalamualaikum

     Lama menyepikan diri dari aktiviti mengupdate blog. Bukan kerana kekeringan idea, tetapi masa tidak mengizinkan. Memenuhi tanggungjawab menyebabkan terabai blog ni..

     Rasa hampir setahun menyepi. Dalam tempoh ini, terlalu banyak perkara yang berlaku. Yang  mana kalau diluahkan, 7 hari 7 malam pun belum tentu habis. Lagi pun, kebanyakan yang berlaku terlalu peribadi untuk tatapan umum. Cuma apa yang boleh disimpulkan, kebanyakan yang berlaku adalah diluar jangkaan. Ini yang dirancang, itu yang berlaku. Begini yang diharap, begitu yang terjadi.

     Walaupun kesakitan, kekecewaan dan pedih yang dirasakan akibat apa yang diharap tak menjadi kenyataan, tapi apa daya untuk menghalang dari terus berlaku. Diri hanya manusia, yang di kawal oleh Maha Esa. Itu kehendak Dia, belajar untuk terima dengan redha..

    Pager dah berbunyi, menandakan ada tugas yang perlu dilaksanakan. Insyaallah, panjang umur, murah masa akan dicoret lagi sepatah dua kata....

Wassalam...