Minggu ini, macam-macam aktiviti yang berlangsung, yang semuanya melibatkan kehadiran saya. Macam VVIP lak :) . Antaranya, sukan yang telah di adakan pada Ahad lepas, Sukan untuk tadika anak-anak buah saya, Little Twinkle.
Sukan diadakan di padang hadapan PPD Bentong. Terdapat 4 kontijen : Little Twinkle Karak, Little Twinkle Bentong, LT Mempaga dan LT Bukit Tinggi. Acara dimulakan seawal 8 pagi. Acara budak-budakkan. Kalau mula lewat nanti lewat habis. Sampai ke tengah hari, agak tidak sesuai bagi kanak-kanak ini.
Anak-anak buah saya, awal pagi dah bersiap. Excited sangat nak bersukan. maklumlah, pertama kali dalam hidup mereka, menyertai sukan. Saya, berulang-kali pesan kepada 2 beradik ni : Along, Adik..nanti kalau lari, lari laju-laju tau. Laju macam ultraman. Konon-konon nak bagi semangat la..hehehehe...
![]() | |
| Along n Adik masa tunggu giliran nak pakai riben |
| Along masa perbarisan |
| Dapat snap Adik bari belakang je |
Dapat piala, saya terus bawa anak-anak buah saya balik. Sebelum tu, sempat gak singgah pegi makan. Masing-masing lapar. Masa dalam kereta, perjalanan pulang tu, kecoh gak la 2 beradik ni bercerita tentang sukan tadi (macamlah saya tak ada disana saksikan mereka berlari). Hehehehe...layankan sajalah. Eerrmmm.....kalaulah arwah mama mereka masih ada, tentu lagi seronok, lagi meriah, lagi bersemangat anak-anak buah saya ni. Tak mengapalah, saya yakin dan sangat pasti, arwah mama mereka tentu melihat mereka juga, walaupun dari sana..... :)
![]() |
| Aksi 2 juara |
Klik di sini : Sukan Along Adik



No comments:
Post a Comment