RSS

Monday, May 9, 2011

Perkhemahan Pandu Puteri Peringkat Daerah Bentong

Assalamualaikum.

  Alhamdulillah..syukur saya masih berkesempatan untuk  mencoret lagi di blog ini. Topik yang nak dibicarakan adalah mengenai perkhemahan yang baru saja saya ikuti. Perkhemahan Pandu Puteri, peringkat daerah diadakan di Janda Baik. Alhamdulillah, perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini, yang di sertai oleh saya dan 14 orang murid saya, berjaya di ikuti dengan jayanya.
  Ini merupakan pengalaman pertama saya, menjadi guru pengiring, mengiringi pelajar. Bukan tak pernah menjadi guru pengiring, tapi yang sebelum-sebelum ni, saya setakat membantu guru lain. Tapi untuk kali ini, hanya saya sorang yang mengiringi pelajar-pelajar saya. Tanggungjawab, tergalas dibahu saya.
kerjasama dengan pelajar sekolah lain

Antara gajet yang pelajar bina-rak kasut


  Konsep integrasi dijadikan tema perkhemahan, dimana para pelajar dari semua sekolah yang menyertai, di pecah-pecahkan mengikut kumpulan warna. Dengan kata lain, setiap kumpulan terdiri dari pelajar berlainan sekolah. Bermacam-macam pertandingan yang diadakan. Antaranya: ikhtiar hidup, malam kebudayaan, mini gajet, simpulan dan ikatan, tunjuk arah dan beberapa lagi.
Piala yang dimenangi
 Syukur alhamdulillah, ada jugalah  hadiah yang telah kami menangi. Tempat ke-2 bagi khemah terbaik, tempat ke-2 bagi kumpulan terbaik. Dan yang paling tak disangkan, salah seorang pelajar saya, Ainin Sofiya Hashim, telah dipilih sebagai Pandu Puteri Remaja Terbaik bagi keseluruhan.

 Bangga betul saya waktu mereka umumkan. Rasa macam nak melompat-lompat. Walaupun saya sekadar guru pengiring, tidak memberi apa-apa sumbangan, tapi tetap merasa bangga kerana pelajar-pelajar saya, mampu berdikari sendiri. Tanpa perlu banyak arahan dan tunjuk ajar dari saya, mereka semua tahu apa yang patut dilakukan.
  Kepada semua yang mengikuti perkhemahan, tahniah ye saya ucapkan. Kamu semua memang hebat, berjaya mengikuti perkhemahan sampai habis, berjaya memenangi hadiah, dan yang utama, berjaya mendisiplinkan diri kamu. Insyaallah, ada rezeki kita berkhemah lagi !!!
Team SMKB ~ gila-gila :)


  Wassalam.
Perkhemahan Pandu Puteri

No comments: